Tuesday, October 12, 2010

ilmu 4 shared - sejarah kaaba

Sejarah pembinaan Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam dalam menunaikan solat berkait rapat dengan ibadat haji di Makkah, bermula ketika Nabi Adam dikirimkan ke bumi. Allah memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.

Binaan empat segi ini kemudian diberi nama Kaabah yakni `Rumah Allah'.

Firman Allah dalam ayat 96, surah Ali Imran bermaksud: "Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia."

Sebaik semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ seperti dikerjakan oleh malaikat di Baitul Makmur. ( MALAIKAT memang mempunyai Kaabah sendiri yang terletak di langit ke 7. Kaabah untuk malaikat itu dipanggil ‘Baitul Makmur’ dan terletak bertentangan dengan Kaabah yang berada di bumi.Tegasnya, Baitul Makmur itu berada di atas Kaabah yang berada di bumi., seandainya Kaabah malaikat itu jatuh nescaya ia akan menghempap Kaabah yang berada di Makkah. Selain Baitul Makmur, yang berada di langit yang ke tujuh, di setiap langit yang lain juga ada rumah ibadat tempat para penghuninya beribadah kepada ALLAH.

ALLAH telah bersumpah dengan Baitul Makmur di dalam Al Quran sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : ‘ Dan demi Baitul Makmur’ .Dalam menceritakan kisah perjalanan Mikrajnya, Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa baginda dibawa melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda bersabda yang ertinya : ‘Kemudian saya dibawa naik ke Baitul Makmur di situ terdapat 70,000 malaikat masuk ke dalamnya setiap hari dan tak pernah kembali dari situ sehingga sampai yang terakhir’
.
)

Baitullah, selain menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat asal, iaitu di Arasy.

Perkara ini kerana kawasan Arasy amat luas dan jika melakukan tawaf, ia mungkin menjangkau waktu hingga ke Hari Kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Selepas Nabi Adam wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Seterusnya, Allah memerintahkan seorang putera Adam, iaitu Syith membina semula Kaabah di tempat sama.

Namun, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh turut meruntuhkan binaan Kaabah hingga Allah mengutuskan Nabi Ibrahim membina kembali Kaabah.

Mematuhi perintah Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Hal ini disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj, ayat 26 dan 27): "Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta sujud."

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescayamereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh."

Firman Allah lagi dalam surah sama, ayat 29 bermaksud: "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu."

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama, iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan iatu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Beberapa ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik pulih dan membina semula Kaabah dilaksanakan secara berterusan.

Antaranya membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh.

Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dindingnya runtuh kerana banjir besar di Kota Makkah.

Kemudian Kaabah dibaiki lagi dengan membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh seorang raja dari Yaman, pembinaan bumbung Kaabah ketika pemerintahan Qusai bin Kilab, pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.

Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar di kota Makkah.


No comments:

Post a Comment