Sunday, October 31, 2010

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Wednesday, October 27, 2010

Malaysia menuju sebuah hub pusat hiburan malam??

Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?

Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?

Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

sumber : http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1040-malaysia-sebuah-hub-pusat-hiburan-malam.html

Tuesday, October 26, 2010

Tsunami, volcano eruption strike Indonesia

PADANG, Indonesia – Rescuers battled rough seas Tuesday to reach remote Indonesian islands pounded by a 10-foot tsunami that swept away homes, killing at least 113 people. Scores more were missing and information was only beginning to trickle in from the sparsely populated surfing destination, so casualties were expected to rise.

The fault that ruptured Monday on Sumatra island's coast also caused the 2004 quake and monster Indian Ocean tsunami that killed 230,000 people in a dozen countries.

Though hundreds of disaster officials were unable to get to many of the villages on the Mentawai islands — reachable only by a 12-hour boat ride — they were preparing for the worst.

"We have 200 body bags on the way, just in case," said Mujiharto, who heads the Health Ministry's crisis center, shortly before announcing a five-fold increase in the death toll.

Indonesia, the world's largest archipelago, is prone to earthquakes and volcanic activity due to its location on the so-called Pacific Ring of Fire — a series of fault lines stretching from the Western Hemisphere through Japan and Southeast Asia.

The country's most volatile volcano, Mount Merapi, 800 miles (1,300 kilometers) to the east, started to erupt at dusk Tuesday as scientists warned that pressure building beneath its lava dome could trigger one of the most powerful blasts in years.

The 7.7-magnitude quake that struck late Monday just 13 miles (20 kilometers) beneath the ocean floor was followed by at least 14 aftershocks, the largest measuring 6.2, according to the U.S. Geological Survey.

Many panicked residents fled to high ground and were too afraid to return home.

That could account in part for the more than 500 people still missing, said Hendri Dori, a local parliamentarian who was overseeing a fact-finding missing. "We're trying to stay hopeful," he said.

Hundreds of wooden and bamboo homes were washed away on the island of Pagai, with water flooding crops and roads up to 600 yards (meters) inland. In Muntei Baru, a village on Silabu island, 80 percent of the houses were badly damaged.

Those and other islets hit were part of the Mentawai island chain, a popular and laid-back surfing spot 175 miles (280 kilometers) from Sumatra.

A group of Australians said they were hanging out on the back deck of their chartered surfing vessel, anchored in a bay, when the temblor hit just before 10 p.m. It generated a wave that caused them to smash into a neighboring boat, and before they knew it, a fire was ripping through their cabin.

"We threw whatever we could that floated — surfboards, fenders — then we jumped into the water," Rick Hallet told Australia's Nine Network. "Fortunately, most of us had something to hold on to ... and we just washed in the wetlands, and scrambled up the highest trees that we could possibly find and sat up there for an hour and a half."

Ade Edward, a disaster management agency official, said crews from several ships were still unaccounted for in the Indian Ocean.

The quake also jolted towns along Sumatra's western coast — including Padang, which last year was hit by a deadly 7.6-magnitude tremor that killed more than 700. Mosques blared tsunami warnings over their loudspeakers.

"Everyone was running out of their houses," said Sofyan Alawi, adding that the roads leading to surrounding hills were quickly jammed with thousands of cars and motorcycles.

"We kept looking back to see if a wave was coming," said 28-year-old resident Ade Syahputra.

Monday, October 25, 2010

~hibernate~

good luck my friend.. we share a lot of knowledge.. im happy with ur all.. hibernate for a while.. doakan aq jd insan yg berjaya d dunia akhirat.. smoga kita smua d dalam lindungan rahmatnya.. amin2..

Friday, October 22, 2010

putar masa di friendster


aku telah memutar masa ke belakang.. hehe.. terjumpa satu mesej yg baru sekarang aku baca dari frindster ku.. hehhe..

kdg2 kt jatuh cinta dgn org yg slh..
kdg2 kt marah dgn org yg slh..
kdg2 kt hargai org yg slh..
kdg2 kt bertemu tlbi dlu dgn org yg slh..
kdg2 kt bgaduh dgn org yg slh..
stiap yg blaku psti ada hikmahnya..
apapn tjadi truskn hidup..
suka duka lumrah hidup..
kau bagaikn pelangi...
"lon galak keu droneh"
tp itu cuma klu aku knl dgn soya lebi awal..
klu..cuma klu..
"wlupun berpisah mngejar cita,
ktkn ttp ada bersama"

Trend tudung yang dilarang

Ini fesyen bertdung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA…

tudung

Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam..

Ya Allah, lindungi kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian . Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.

source : http://ohislam.com/trend-tudung-yang-dilarang/

wake up project - sekularisme

Fahaman sekular adalah merujuk kepada perkataan Latin iaitu saeculum yang bererti generasi atau zaman. Dalam agama Kristian sekular bermaksud agama itu bertentangan dengan gereja. Untuk pengertian yang lebih jauh sekular merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang bersangkutan dengan dunia lahir sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian. Dalam perbincangan ini sekular bermakna kehidupan yang tidak ada kaitan dengan perkara ghaib, atau perkara agama. Dengan begitu sekularisme adalah bermakna satu fahaman yang memisahkan agama dari kehidupan ini, khususnya kehidupan bernegara. Ugama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara. Manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Sekularisme menentang sebarang pengaruh agama dan manusia bebas menentukan kepercayaan dan arah haluan hidupnya sendiri.

Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisma. Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire dan falsafah individualisma.Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.

Menelusuri sekularime di Malaysia, ia sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris yang menakluk negara ini dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, syarat penting dalam perjanjian itu ialah residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali mengenai agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Dengan semikian segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang pastinya mengikut sistem dan acuan mereka yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari negara.

Bila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957 dasar pemisahan di antara agama dan negara itu diteruskan dan dikekalkan dalam bentuk konstitusi iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan . Dalam Bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat tidak kira samada Islam dan bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu.

Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir, perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri.

Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.

Bidang yang paling teruk menerima kesan sekularisasi adalah bidang pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk mencorakkan haluan hidup manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung jawab mengemukakan rancangan halus untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui pendidikan beliau merencanakan Singapura sebagai pusat bagi kebangkitan semula peradaban asli kuno dan menyegarkan menerusi penyebaran perluasan pengaruh Inggeris dan faedah-faedah pendidikan dalam kemajuan ekonomi Barat. Beliau telah mengemukakan gagasan pusat Pengajian Asia Tenggara bagi mencapai matlamat ini. Beliau berhasrat untuk melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan terpelajar selaku orang suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka memperkenalkan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan. Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana akhirnya tindas menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan masyarakat. Akhirnya manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih cabang-cabang Islam yang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islam dan melaksanakan jihad seperti yang dikehendaki Islam.

Demikianlah masyarakat Melayu mula membenci orang-orang yang hidup sederhana, yang tidak menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai dengan wang ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya dengan cara yang dikehendakki oleh Islam. Kemudian pada dekad-dekad terakhir lapan puluhan lahirlah Dasar Ekonomi Baru, Amanah Saham Nasional, 30 peratus penyertaan bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri Kebajikan Masyarakat, dan berbagai lagi perkara yang menjurus kepada soal kebendaan semata yang kesemuanya bertentangan dengan prinsip Islam.

Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan AlQuran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai. Hijrahnya Rasul saw adalah untuk mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia. Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.

Apabila benda-benda menguasai manusai, maka mereka pun tenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat kita hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat merebaknya pengaruh sekularisme itu, bahkan ianya dibelai pula oleh pemerintah kita, oleh kerajaan XX, menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan sebagainya. Projek-projek membazir sudah menjadi semacam satu pemujaan, semuanya adalah kerana faham kebendaan telah berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku beragama Islam. Mampukan orang-orang Melayu sorot balik ke belakang? Soalnya terletak kepada orang Melayu sendiri. Namun pengaruh sekularisme bukanlah semudah itu untuk dibuang, apalagi ia telah tertanam ke dalam jiwa dan dijunjung pula oleh kaum pemerintah. Inilah halangan-halangan utama untuk menyebarkan akidah Islam, apalagi untuk memberikan kefahaman tentang negara Islam kerana fahaman itu amat bertentangan dengan jiwa Islam yang murni itu

Dan jika sekiranya kita berminat untuk menegakkan Islam, kita haruslah memerangi fahaman ini yang menjadi halangan utama ke arah merealisasikan cita-cita Islam itu. Bersediakah kita?

Thursday, October 21, 2010

Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur - the Speeches


By
:
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Date
:
09/10/2010
Venue
:
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA MELAKA (MITC)
Title
:
FESTIVAL FESYEN DMDI 2010

Bismillahirrahmanirrahim

YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka Merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

YABhg. Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman
Isteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam Selaku Penaung Festival Fesyen DMDI

Yang Berhormat Datuk Wira Haji Othman Muhammad
Speaker Dewan Undangan Negeri dan Datin Wira

Yang Berhormat Datuk Wira Omar Bin Kasih
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Datin Wira

Yang Berbahagia Hjh Ramlah Abas
Pengerusi Bersama Festival Fesyen DMDI

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri

YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Dif-Dif Kehormat

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Assalammualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita telah dapat berhimpun di dewan ini untuk menyempurnakan Majlis Festival Fesyen ataupun Busana Muslim Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang julung-julung kalinya diadakan.

Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit tinggi
Kalau tidak kerana tuan-puan
Tidak saya datang ke mari

2. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang mengundang saya untuk menyempurnakan perasmian Majlis Festival Fesyen DMDI ini.

3. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Sekretariat DMDI di atas daya usahanya bagi menganjurkan Festival Fesyen DMDI ini. Saya mengalu-alukan usaha seperti ini kerana ianya bukan sahaja akan mencungkil busana dunia Melayu dan Islam tapi juga akan menyerlahkan lagi busana tersebut kepada dunia fesyen, di samping mengetengahkan para pereka berkenaan ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, Festival ini juga akan memberi galakkan kepada penggiat industri fesyen, pengusaha-pengusaha butik serta para akademik di bidang fesyen.

Para hadirin yang dihormati sekalian

4. Saya dimaklumkan bahawa organisasi DMDI yang ditubuhkan pada tahun 2000 ini mempunyai 13 buah Negara anggota iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, Sri Langka, Madagascar, Afrika Selatan, Australia, United Kingdom dan China. Dari itu saya berasa bangga kerana Kerajaan Negeri Melaka dan DMDI telah mengorak langkah untuk mengadakan program Festival Fesyen DMDI ini.

5. Tema Festival Fesyen DMDI iaitu "Kesopanan Fesyen Muslim Kontemporari" (Contemporary Muslim Modesty) adalah amat bersesuaian. Saya telah dimaklumkan bahawa objektif utama Festival Fesyen DMDI ini ialah untuk membawa pereka-pereka fesyen yang ternama serta hasil rekaan mereka ke arus perkembangan fesyen busana Muslim antarabangsa. Dalam masa yang sama program ini juga di harapkan akan menjadi platform utama pertemuan antara pereka dan pengusaha fesyen DMDI untuk memperkembangkan dan mempromosi inovasi serta kreativiti ciptaan-ciptaan mereka dengan lebih meluas lagi.

6. Kita semua sedia maklum bahawa negara-negara dunia Melayu Islam terutama di Nusantara ini adalah kaya dengan khazanah warisan budaya yang indah dan unik sejak zaman berzaman. Fesyen Dunia Melayu sememangnya banyak tapi baru sahaja mula diterokai. Saya percaya gabungan idea pereka-pereka fesyen busana Muslim dari Dunia Melayu Islam ini, yang tradisional dan moden, akan dapat menghasilkan reka bentuk yang menarik, berkualiti, mempunyai nilai-nilai budaya dan tradisi Melayu Islam.

7. Di negara jiran tetangga kita Indonesia umpamanya, banyak terdapat warisan fesyen busana tradisional yang telah digabungkan dengan rekaan kontemporari yang menjurus dengan kehendak-kehendak Islam. Lihat sajalah rekaan-rekaan fesyen terkini dari Riau, Palembang, Minangkabau, Aceh, Bandung, Surabaya, Kalimantan, Sulawesi dan juga kota raya Jakarta. Tidak ketinggalan pula pereka-peraka fesyen dari negara-negara anggota DMDI yang lain seperti Filipina, Kemboja, Sri Lanka, Madagascar, Afrika Selatan dan lain-lain. Sudah pasti banyak rekaan-rekaan busana Muslim yang terkini dari negara-negara ini yang boleh di ketengahkan.

8. Di Malaysia sendiri banyak rekaan-rekaan busana Muslim tradisional dan kontemporari yang telah kian digembleng dan dipromosikan serta mendapat tempat di persada dunia. Inovasi dan kreativiti fesyen masa kini dari setiap negeri-negeri di Malaysia telah berjaya menonjolkan ciptaan-ciptaan moden yang kontemporari, penuh kesopanan dan mewarisi jati diri bangsa serta bersifat komersial.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

9. Jika dilihat dari perspektif bisnes, Fesyen Busana Muslim di peringkat antarabangsa sekarang ini sedang berkembang dengan pesatnya dan merupakan industri yang menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih USD 96 billion atau RM 302 billion setahun. Mengikut kajian French Fashion University Esmond yang terkenal di Dubai, lebih daripada separuh populasi Islam di seluruh dunia ini membelanjakan sejumlah wang yang besar dari pendapatan tahunan mereka untuk fesyen dan aksesori.

10. Mengikut statistik pula, umat Melayu Islam di dunia ini dianggarkan berjumlah 300 juta orang sementara umat Islam keseluruhan di dunia berjumlah 1.6 billion. Dari itu, ini adalah merupakan saiz pasaran yang mempunyai potensi ekonomi yang amat besar bagi dunia fesyen Islam yang masih belum di terokai seluas-luasnya.

11. Saya penuh berkeyakinan produk-produk busana Muslim dari negara-negara DMDI khususnya dari Nusantara ini merupakan pasaran yang mempunyai potensi yang menguntungkan. Walau bagaimanapun, usaha-usaha yang lebih gigih perlu dilakukan oleh pereka-pereka fesyen dan usahawan-usahawan busana Muslim di rantau ini bagi memperkembangkan lagi industri ini. Kreativiti dan inovasi adalah menjadi tunjang dalam usaha-usaha ini. Sementara teknologi moden perlu di terokai dan diadaptasi bagi penghasilan produk-produk dalam kuantiti yang banyak agar dapat menjimatkan kos dan masa tanpa menjejaskan kualitinya. Dengan pendekatan ini, produk-produk busana DMDI ini akan menjadi lebih kompetitif dan mampu berdaya saing dalam pasaran domestik dan global.

Para hadirin yang dihormati sekalian

12. Adalah jelas bahawa di peringkat antarabangsa minat terhadap fesyen busana Muslim mutakhir ini memberi isyarat perubahan dinamik dalam interaksi segar di antara budaya Timur dan Barat. Wanita Muslim juga di lihat menunjukkan minat terhadap fesyen yang "trendy" dan beraneka warna namun bersesuaian dengan nilai-nilai Islam. Kini mereka boleh membuat pilihan daripada mana-mana rekaan yang terbentang luas dan masih dapat tampil bersesuaian dengan nilai, tradisi dan cita rasa yang mengutamakan budaya keislaman.

13. Dari itu, tidaklah hairan jika pereka-pereka fesyen utama dunia kini sibuk menonjolkan bagaimana jenama utama seperti Anne Klein dan Ralph Lauren boleh mengeluarkan fesyen-fesyen yang memenuhi kehendak-kehendak Islam sepenuhnya. Sebaliknya di kalangan pereka-pereka fesyen antarabangsa, mereka menganggap fesyen busana Muslim sebagai sesuatu yang amat menyegarkan di mana fesyen tidak semata-mata perlu di tampilkan dengan secara provokatif dan mengghairahkan.

14. Adalah amat menarik untuk melihat bahawa meskipun wujud perdebatan hangat mengenai pemakaian HIJAB di Perancis, negara yang merupakan pusat utama fesyen dunia, namun demikian negara tersebut kekal menjadi pengeksport utama busana Muslim bagi pakaian ABAYA dan NIQAB. Ternyata walaupun wujud perbezaan politik, mereka yang terlibat dalam industri fesyen kini semakin menyedari bahawa perkembangan permintaan terhadap busana Muslim amat menggalakkan dan merupakan bisnes yang boleh menguntungkan.

15. Dalam konteks ini, saya berasa bangga kerana Kerajaan Negeri Melaka dan DMDI telah mengorak langkah yang tepat mengadakan program Festival Fesyen DMDI ini. Melaka sebagai Negeri Pelancongan, Bandaraya Warisan Dunia dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam boleh menjadi pelopor menyemarakkan lagi projek yang berpotensi besar ini. Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana telah membangunkan Kota Fesyen (Fashion City) di lokasi strategik berdekatan dengan MITC ini. Saya yakin di Kota Fesyen ini Pusat Fesyen DMDI dapat di kembangkan.

16. Saya selaku Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival (IFF) ingin menyarankan supaya satu kerjasama di antara DMDI dan IFF serta pereka-pereka fesyen busana Muslim yang lain di negara ini dapat di adakan bagi menerokai dan mengembangkan fesyen Dunia Melayu ini. IFF mempunyai pengalaman yang luas dan sejak tahun 2006 telah mengembangkan sayapnya dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Singapura, Dubai, Abu Dhabi, New York dan baru-baru ini di Monaco (Eropah). Saya percaya kombinasi idea pereka-pereka fesyen busana Muslim dari Dunia Melayu Dunia Islam ini, yang tradisional dan moden, akan dapat menghasilkan reka bentuk yang menarik, berkualiti, mempunyai nilai-nilai budaya dan tradisi Melayu Islam seterusnya menjadi bisnes yang berpotensi besar dan meyakinkan.

17. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya ingin sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri, Melaka merangkap Presiden DMDI di atas undangan untuk saya menyempurnakan perasmian Majlis Festival Fesyen DMDI ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada YABhg. Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abd. Rahman yang menjadi Penaung Festival Fesyen DMDI ini. Saya juga mengucapkan syabas kepada pereka-pereka fesyen busana Muslim dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, dan Afrika Selatan dan China yang turut serta mengambil bahagian dalam Festival Fesyen DMDI ini. Semoga usaha-usaha yang murni ini dapat digembleng dan diteruskan demi mempertahankan dan memantapkan lagi industri warisan bangsa ini sehingga ke persada dunia.

18. Izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

Syair seloka penghias mula
Nazam, pantun seninya indah
Negeri Melaka tempat segalanya bermula
Bangsa kita warisan sejarah

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan Festival Fesyen DMDI 2010

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

sources : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=253

Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur - behind the scene








sl-03.jpg (890×682)


sl-02.jpg (890×587)







Credited ti Priya Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia !

Penyokong pecinta-pecinta Islam pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..


















source :








source :








http://www.islamicfashionfestival.co...d=62&Itemid=76
http://www.thejakartaglobe.com/fashi...fashion/384471
http://www.mmail.com.my/content/42509-modesty-its-best

Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur - penaung fesyen muslimah



Siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah....


Reduced: 66% of original size [ 1024 x 556 ] - Click to view full image

Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur - menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah











Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.

Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'.


kata tersurat dan tersirat - indah

Sedaya upaya memelihara dan menghiasinya agar kelihatan indah..
Bukan mengharap manusia memandang segalanya baik-baik sahaja,
Cukuplah hanya diri ini yang menikmatinya..
Kerana kelak aku akan dipertanggungjawabkan disana..
-Ya Allah,tunjukkanlah kami jalan yang lurus..

Monday, October 18, 2010

feat with me.. permataku-mirwana

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...


Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

wake up project episode 20 - tak dapat terima kebenaran??

berikut adalah disenaraikan sebab2 seseorang tidak dapat menerima sesuatu kebenaran walaupun kebenaran itu jelas dan nyata..

1. Dari sudut pandang psikologi, maklumat ini bukan senang untuk dihadam. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini, akan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah dikumpulkan sepanjang hayat. Otak mereka akan melawannya.
Dan sebab ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara paling baik untuk mengelakkan usaha sedemikian adalah dengan menolaknya.

2. Masalah kesombongan, iaitu dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa yang apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang dikatakan kamu.
Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.

3. Pada kebanyakan kes, orang itu terlalu selesa dengan kehidupan mereka yang pantas sehinggakan mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka.
Mereka juga tidak mahu menghiraukan apa yang sedang berlaku dalam dunia ini. Mereka terlalu pentingkan diri mereka sendiri.

4. Kamu perlu faham, kebanyakan orang-orang tidak bersedia untuk menerima kebenaran.
Dan kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa untuk melindunginya. Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka. Apakah suara sistem ini?
Media!



wake up project episode 18 - 4 golongan lelaki ke neraka

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.

Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.

Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..

jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,

maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Sunday, October 17, 2010

feat with me.. Allah knows-zain bikha

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

wake up project episode 18 - asal guna tudung..

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis.
Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.”
Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”.
Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :

Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?”
Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku.
Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.”
(Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).

Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki.Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:

“Dan hendaklah mereka menutupkan jilbab ke dada mereka…”
(QS. An Nur : 31)


2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalahmemasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkanhilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.


Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”
(QS. Al Ahzab : 59)

Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

sources : http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/07/salah-faham-pemakaian-tudung.html