Monday, February 13, 2012

Tidak Terungkap - Episod 5

Setelah aku mendapat serangan yang bertali arus itu tadi, maka terkulai layulah tubuhku terjatuh ditanah yang masih terasa dinginnya embun pagi yang yang sungguh segar.

Sempat lagi aku menyanyi lagu versi acapella buat dirinya.. Buat insan yang bertaktha dihati ini.. Dengarkan lah.. Nyanyian asal dari kumpulan Far East, lagu yang berjudul.. Nursyahadah..

“sejernih embun pagi sebersih dirimu,
tanpa dicemari walaupun,
sebutir debu,
didalam rahmat Nya,
iringan doaku moga kau bahagia,
akan kubimbingmu sekadar yang kutermampu,
menyemai iman dan menuai taqwa,
biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta,
cukuplah sekadar teman yang biasa.. ”

Para hadirin dan hadirat cukup terpesonan dengan lagu yang aku dendangkan sejenak.. Ramai yang menyarankan aku menjadi penyanyi, tetapi jawabku dengan simple,”Belum tiba seru lagi, maaf..”

Suaraku bukanlah semerdu kicauan burung kenyalang dan kakak tua.. namun ia sudah cukup untuk menidurkan bayi yang menghadapi masalah tidur dan kencing malam. Sesiapa yang mempunyai masalah tersebut disarankan mendengar lagu yang ku nyanyi 3 kali sehari sebelum dan selepas makan. InsyaAllah, jika tiada aral melintang maka sihat lah pesakit tersebut.

Air embun yang berada di permukaan bumi yang segar hijau ini mengenai raut wajahku. Sungguh segar ketika itu, tidak terungkap dengan kata2 mahupun deria rasa yang lain. . Jika dapatku kumpulkan air embun pagi ini, sungguh beruntunglah diriku ini untuk menjadikan air tersebut menjadi pencuci muka, cuci kain dan banyak lagi aktiviti harianku yang lain termasuklah beristinjak.

Mancha senyum malu2 kucing Parsi apabila dia mendapati cakera yang dilontarnya mengenai diriku. Dia lantas berlari menuju kearah diriku dengan hanya beberapa langkah sahaja. Jarak diantara aku dan dia adalah jarak sejauh mata gajah memandang. Keistimewaan dia yang tinggi lampai itu juga membolehkan langkahnya yang dia cipta amat jauh sekali.

Mancha adalah seorang yang baik hati dan akibat dia terlalu baik hati dan selurus bendul penduduk kampong pernah mengambil kesempatan ruang dan masa untuk menjadikan dia sebagai penjolok buah kelapa di kampong ini. Ada juga ura2 yang menyatakan bahawa dia juga pernah dijadikan titi untuk budak2 sekolah kampong melintasi sungai yang roboh akibat banjir kilat yang sering melanda kampong ini.

Menurut saksi lagi, yang tidak mahu dirinya dikenali berkata, dia (Mancha) pernah dijadikan back-up tiang eletrik dan sebagai penanda arah untuk masuk ke kampong ini.

No comments:

Post a Comment