* Nama sebenar ialah Othman b. Affan b. Abu Al-ash b. Umayyah b. Abdul Syams b. Abdul Manaf.
* Berasal daripada keluarga bangsawan Quraisy iaitu Bani Umayyah. Dilahirkan pada tahun 576 Masihi ( ketika rasulullah berusia 5 tahun )
* Digelar Al-Ghani ( orang kaya ) kerana beliau saudagar terkaya di Tanah Arab. Digelar Zunnurain ( dua cahaya ) kerana mengahwini 2 puteri Rasulullah – Roqiah & Umi Kalsum.
* Sangat kaya dan dermawan serta banyak membantu dalam perkembangan Islam. Berkahwin 7 kali selepas Umi Kalsum dan memiliki 16 orang cahaya mata. Isterinya yang terakhir bernama Nailah bt. Furaifisha.
* Terkenal dengan budi pekerti baik. Tidak minum arak dan tidak menyembah berhala. Sangat dihormati oleh pemimpin pada zaman beliau.
* Memeluk Islam melalui dakwah yang disampaikan oleh Abu Bakar As-Sidique yang memberitahu tentang pengutusan rasul dan dakwahnya.
* Merupakan sahabat akrab Rasulullah dan diantara 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau ialah khalifah ke-3 dikalangan Khalifah Ar-Rashiddin dan memerintah meliputi Mesir Barat hingga ke Timur China.
* Beliau berjasa dalam meluaskan jajahan Islam di Cyprus, Afghanistan, Samarqand, Libya, Morocco, Tunnisia, Algeria, Khurasan.
* Menyalin dan menyelaras Al-Quran supaya sesuai dibaca oleh semua umat Islam kerana pada masa itu Islam telah tersebar luas dikalangan orang bukan berbangsa Arab yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai nahu Arab.
* Membina gedung kediaman bertingkat di Madinah bernama gedung Al-Zawrak.
* Membesarkan Masjid Nabawi dan membina kemudahan awam seperti jalan, telaga, jambatan, bangunan dan pejabat.
* Menjadi khalifah selama 12 tahun. 6 tahun awal - Islam mencapai kegemilangan dan digeruni serta dihormati.6 tahun akhir – berlakulah Fitnatulkubra ( Zaman Fitnah Agung )
* Faktor-faktor berlakunya Fitnatulkubra ialah sikap beliau yang lembut menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan terutama ahli keluarganya.
* Beliau mengamalkan dasar neopotisme iaitu mengutamakan ahli keluarga dalam jawatan serta pentadbiran negara.
* Gunakan wang Baitumal dengan banyak berdasarkan pandangan dan ijtihad sendiri dari segi pembahagian.
* Lantik Marwan b. Harkam (kurang disenangi oleh tokoh-tokoh besar dan orang Islam.
* Menindas sahabat Rasulullah dengan memecat pegawai kerajaan yang dilantik oleh Umar Al-Khatab dan menghukum Abu Dzar yang mengancam tindakan beliau dalam pentadbiran.
* Gerakan Abdullah b. saba’ telah menabur fitnah dan memecah belahkan umat Islam.
* Beliau membebaskan Jundab Al-Azdi ( ketua gerakan Al-Adzi ) yang dikenakan hukuman bunuh kerana membunuh seorang ahli sihir. Ia menyebabkan gerakan golongan Al-Adzi membuat kacau bilau dan menabur fitnah sehingga Al-Walid b. Uqbah dihukum bunuh.
* Dalam keadaan huru-hara dan kacau-bilau, golongan pemberontak dari Kufah, Mesir dan Basrah datang ke Madinah dengan tujuan menuntut Othman meletak jawatan dengan diganti oleh calon dari tempat mereka. Kufah mencalonkan Zubair Al-Awwam, Mesir mencalonkan Ali b. Abu Thalib dan Basrah mencalonkan Talhah b.Ubaidullah.
* Tetapi Othman berjaya memujuk mereka supaya pulang ke wilayah masing-masing
dan berjanji akan memecat gabenor yang tidak cekap dan tidak jujur.
* Semasa golongan pemberontak Mesir dalam perjalanan pulang, mereka berjaya merampas surat yang mengandungi cap mohor khalifah dari utusan ke Mesir. Isi kandungan surat tersebut mengarahkan gabenor mesi menghukum bunuh ketua mereka iaitu Muhammad b. Abu Bakar.
* Golongan pemberontak tersebut sangat marah lalu kembali ke Madinah dan mengepung rumah Othman selama 22 hari. Mereka menghalang bantuan makanan dan minuman daripada masuk ke rumah Othman.
* Pada hari ke-23, golongan pemberontak merempuh masuk ke rdalam rumah Othman. Othman diserang, kepalanya ditetak, badannya ditikam dengan dengan tombak dan lehernya dipenggal dengan pedang.
* Isteri beliau, Nailah putus jarinya ketika cuba menyelamatkan beliau.
* Akibatnya, timbul banyak gerakan pemberontak, Othman dibunuh, perpecahan politik Islam, timbul semangat assabiyyah dan kemusnahan pemerintahan Khalifah Ar-Rashiddin.
* Meninggal dunia pada 15 Zulhijjah tahun ke-35 Hijrah ketika membaca Al-Quran
No comments:
Post a Comment